Setiap kehidupan manusia itu seumpama roda yang sering berputar. Setiap manusia pasti akan berada dibawah maupun di atas dalam sesuatu masa yang telah ditetapkan olehNya.
Menjadi lumrah dan fitrah kehidupan manusia apabila
mereka berada di atas, mereka sering lupa dan alpa dengan kesenangan dan
kenikmatan yang mereka kecapi. Mereka lalai dengan keseronokan yang mereka
nikmati sehingga mereka terlupa melakukan tanggung jawab asas mereka kepada
Sang Pencipta mereka iaitu Allah SWT seperti tanggung jawab menunaikan solat
lima waktu, menunaikan zakat, menginfakkan sebahagian hartanya ke jalan Allah
dan sebagainya mengikut tuntutan syariatNya.
Tetapi mereka yang berada di bawah tidak henti–henti
bersyukur kepadaNya oleh sebab kesusahan dan kepayahan yang dihadapi oleh
mereka, walaupun hanya sekelumit nikmat yang mereka nikmati. Begitulah lumrah
kehidupan manusia.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima
perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama; masa sihat sebelum sakit. Kedua;
masa kaya sebelum datang masa sempit (miskin). Ketiga; masa lapang sebelum tiba
masa sibuk. Keempat; masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima; masa hidup
sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar